Sunday, 9 December 2012

Makroekonomi bab 1.2

1.2 Isu Makroekonomi
- Menunjukkan pelbagai masalah utama yg dihadapi oleh sesebuah negara yg menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.

Isu makroekonomi yg utama dlm sesebuah  negara :
- inflasi
-pengangguran
-pertumbuhan ekonomi
-imbangan pembayaran.

INFLASI:
Maksud - Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tdk terbatas.
 punca    - pertambahan permintaan agregat, kenaikan harga import dan kenaikan kos pengeluaran.
Tujuan perlu diatasi: untuk mencapai kestabilan tingkat harga
kesan  - kuasa beli pengguna stabil dan akn meningkatkan taraf hidup dan kebajikan individu.

PENGANGGURAN :
Maksud - Jumlah tenaga buruh yng  tdk melakukan  sebarang kegiatan ekonomi dan aktif mencari pekerjaan
Tujuan perlu ditangani - untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh.
kesan - kegiatan ekonomi semakin meningkat.

PERTUMBUHAN EKONOMI:
Maksud -Perkembagan kegiatan  ekonomi dari semasa ke semasa  yang menyebabkan keluaran wang serta modal sesebuah negara dgn negara yang lain dlm tempoh tertentu.
Tujuan perlu diatasi - untuk meningkatkan  pertumbuhan ekonomi .
kesan - akan meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan kuasa beli masyarakat.....

IMBANGAN PEMBAYARAN :
Maksud - satu rekod kewangan  yang menunjukkan aliran masuk dan keluar  wang serta modal  sesebuah negara dgn negara lain.
Tujuan perlu diatasi - Membaiki imbangan pembayaran.
kesan - mengalakkan kemasukkan pelaburan  asing ke dalam  negaran dan meningkatkan eksport.



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI ISU EKONOMI......... = )

- Kerajaan akan mengatasi isu ekonomi dgn menggunakan alat dasar sebelah permintaan dan dasar sebelah penawaran .......

DASAR SEBELAH PERMINTAAN - Dasar kerajaan untuk mempengaruhi permintaan agregat (AD) bagi merangsang kegiatan ekonomi.

Tiga alat dasar sebelah permintaan :

DASAR FISKAL
- Ialah dasar kerajaan menggunakan cukai dan perbelanjaan kerajaan  untuk mengatasi masalah ekonomi.
- Apabila berlaku  kemelesetan  ekonomi dan pengganguran kerajaan akn menurunkan cukai  dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan.
- kesan : perbelanjaan agregat akan meningkat, pendapatan negara dan permintaan agregat meningkat,
- keluk permintaan akan beralih ke kanan dgn andaiaan penwaran agregat adalah tetap , tingkat harga dan keluaran  negara benar meningkat.
-Kenaikan harga menunjukkan berlaku  peningkatan ekonomi dan peningkatan keluaran negara  menunjukkan berlaku peningkatan guna tenega dan pengangguran dlm ekonomi.


- Apabila berlakunya inflasi, kerajaan akan meningkatkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
- Kesan: perbelanjaan agregat akan berkurang, pendapatan negara meningkat dan permintaan agregat akan meningkat.
-Keluk permintaan agregat akan beralih ke kiri dgn andaiaan penawaran agregat tidak berubah , tingkat harga dan keluaran negara benar menurun.
-Penurunan harga dan pengurangan keluaran negara benar menunjukkan inflasi dapat dikurangkan.



DASAR KEWANGAN.
- Dasar yang dilakukan oleh bank pusat dgn mengawal  penawaran wang dan kadar bunga untuk mengatasi masalah ekonomi.
-Apabila, berlakunya kemelsetan ekonomi, dan pengangguran yang tinggi, bank pusat akan menambahkan bekalan wang  dan menurunkan  kadar bunga.
-Kesan: Perbelanjaan agregat meningkat, pendapatan negara meningkat, dan permintaan agregat meningkat.
-Keluk permintaan akan beralih ke kanan dgn andaiaan  penawaran agregat tdk berubah, tingkat harga dan keluaran negara benar meningkat.
-Kenaikan harga ini menunjukkan berlaku peningkatan ekonomi dan peningkatan keluaran negara serta peningkatan guna tenaga dan


-Apabila berlakunya inflasi , bank pusat akan mengurangkan bekalan wang dan menaikan kadar bunga.
-kesan: perbelanjaan agregat berkurang, pendapatan dan permintaan agregat berkurang.
-keluk permintaan beralih ke kiri dgn andaiaan penawaran agregat ialah  tetap.
-Tingkat harga dan keluaran negara benar menurun. Penurunan harga dan pengurangan keluaran negara benar ini menunjukkan inflasi dapat dikurangkan.


KAWALAN LANGSUNG.
-Langkah kerajaan mengawal kegiatan tertentu untuk meningkatkan kegiatan ekonomi.
- misalnya, mengawal harga petroldan diesel dgn memberi subsidi supaya harganya lebih murah.

DASAR SEBELAH PENAWARAN.

-Dasar kerajaan mempengaruhi penawaran agregat  untuk merangsang kegiatan ekonomi.
- Alat-alat  dasar sebelah penawaran:


* MENURUNKAN CUKAI KORPORAT.
- penurunan cukai korporat akan menyebabkan keuntungan firma selepas cukai meningkat kerana keupayaan syarikat untuk menambahkan pengeluaran juga meningkat.
-peningkatan pengeluran menyebabkan  keluk penawaran beralih ke kanan kerana penawaran agregat meningkat.


* MENURUNKAN CUKAI INPUT
--akan menyebabkan kos pengeluran firma akan berkurang.
-keupayaan firma menambahkan pengeluaran akan meningkat.
- Keluknya akan beralih ke kanan.

*MEMBERI GALAKAN  FISKAL
-Dilakukan melalui pengurangan cukai ke atas firma domestik yg menjalankan pelaburan baru dan pengecualian terhadap pelaburan lansung asing untuk mengurangkan kos pengeluran.
-Keluk penawaran beralih ke kanan  akibat drpd peningkatan pengeluran dan penawaran.

* GALAKAN MELAKUKAN PENYELIDIKAN .
-Kerajaan tdk mengenakan cukai keuntungan dan memberi subsidi  bagi firma yng terlibat dlm penyelidikan.
-Keluk penwaran beralih ke kanan akibat drpd peningkatan dlm pengeluaran dan penawaran agregat.

*GALAKAN PELABURAN.
-Kerajaan akan menyediakan kemudahan yg lebih baik untuk meningkatkan pelaburan.
-Keluknya akan beralih ke kanan akibat daripada peningkatan dlm pengeluran dan penawaran agregat.


Saturday, 8 December 2012

Makroekonomi penggal 2

1.1 Aliran pusingan pendapatan negara.

- Aliran pusingan pendapatan - pendapatn dan perbelanjaan yg dilakukan oleh isi rumah, firma, kerajaan  dan sektor luar negeri dlm sesebuah ekonomi negara.

                            
- Aliran pusingan pendapatan terdiri drpd aliran fizikal  dan aliran wang.

- Aliran fizikal = Aliran dlm bentuk benda seperti  faktor pengeluaran iaitu tanah. buruh, modal dan usahawanan.

- Aliran  wang =  aliran dalam bentuk wang  iaitu pendapatan faktor pengeluaran seperti upah, seawa. bunga dan untung.


Maksud dan fungsi:

- Isi rumah =  ialah sekumpulan individu dan sesebuah keluarga yang tinggal di sebuah rumah dan  berfungsi  sebagai  satu unit  ekonomi.

fungsi- pembekal faktor pengeluaran dan pengguna barang  dan perkhidmatan.

- Firma = unit ekonomi yg mengendalikan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan  barang dan perkhidmatan yang akan digunakan oleh  isi rumah.

fungsi- melakukan pelaburan  swasta untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Funsi kerajaan - mengenakan cukai dan menjalankan  perbelanjaan kerajaan.

Fungsi sektor luar negeri- Aktiviti eksport dilakukan oleh  firma dan import dilakukan oleh isi rumah, firma  dan kerajaan.

 penerangan bagi  carta aliran pendapatan negara empat sektor........
(carta tdk disediakan ...hanya penerangan baginya harap maaf) :

Alran pusingan pendapatan ekonomi terbuka terdiri daripada ekonomi dua sektor, ekonomi  tiga sektor dan ekonomi empat sektor.

EKONOMI DUA SEKTOR : - melibatkan  isi rumah dan firma.
                                               - Isi rumah sbg pembekal faktor akan menawarkan faktor pengeluaran
                                                  kpd firma.
                                                - Firma akan menggunakan faktor pengeluaran tersebut untuk mengeluarkan                                                    barang dan perkhidmatan yg   akan digunakan oleh isi rumah, melalui
                                                   pasaran barang. ( ini dinamakan sbg Aliran fizikal)

                                                  - Isi rumah  akan menggunakan pendapatan  tersebut untuk membuat
                                                     perbelanjaan pengunaan( membeli brng& prkhidmtn)
                                                     (ini dinamakan sbg A;iran Wang)

                                                  - Sebahagian drpd pendapatan akan ditabungkan  dlm institusi kewangan.
                                                  - Institusi kewangan akan meminjam tabungan isi rumah kpd firma untuk
                                                     membuat perbelanjaan pelaburan.
                                               
 EKONOMI TIGA SEKTOR : - Berlaku dgn adanya kerajaan yg melibatkan cukai dan perbelanjaan
                                                  kerajaan.
                                                  -Kerajaan akan megenakan  cukai pendapatan individu kpd isi rumah
                                                  dan  cukai korporat kpd firma.
                                                  - mengunakan hasil cukai tersebut kerajaan akan melakukan  perbelanjaan
                                                    kerajaan. Oleh itu, terdapat aliran  perbelanjaan  drpd isi rumah
                                                    dan firma kpd kerajaan dan aliran pendapatan drpd kerajaan  kpd
                                                    isi rumah dan firma.



EKONOMI EMPAT SEKTOR :- Berlaku dgn adanya sektor luar negara yg melibatkan  aktiviti   
                                                     perdagangan antarabangsa. 
                                                   - Eksport dilakukan oleh firma dgn mengeksport barang ke luar
                                                     negara.Oleh itu, terdapat  aliran pendapatan dari sektor luar negara
                                                     ke sektor firma.
                                                   - import dilakukan oleh isi rumah, firma dan kerajaan.
                                                   - import menyebabkan aliran perbelanjaan drpd isi rumah, firma,
                                                     dan kerajaan kpd sektor luar negara.


KESIMPULAN: terdapat empat pelaku ekonomi yg terlibat dalam  menjalankan aktiviti ekonomi sesebuah negara, iaitu :
a) isi rumah
b)firma
c)kerajaan
d)sektor luar negara.......