1.2 Isu Makroekonomi
- Menunjukkan pelbagai masalah utama yg dihadapi oleh sesebuah negara yg menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.
Isu makroekonomi yg utama dlm sesebuah negara :
- inflasi
-pengangguran
-pertumbuhan ekonomi
-imbangan pembayaran.
INFLASI:
Maksud - Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tdk terbatas.
punca - pertambahan permintaan agregat, kenaikan harga import dan kenaikan kos pengeluaran.
Tujuan perlu diatasi: untuk mencapai kestabilan tingkat harga
kesan - kuasa beli pengguna stabil dan akn meningkatkan taraf hidup dan kebajikan individu.
PENGANGGURAN :
Maksud - Jumlah tenaga buruh yng tdk melakukan sebarang kegiatan ekonomi dan aktif mencari pekerjaan
Tujuan perlu ditangani - untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh.
kesan - kegiatan ekonomi semakin meningkat.
PERTUMBUHAN EKONOMI:
Maksud -Perkembagan kegiatan ekonomi dari semasa ke semasa yang menyebabkan keluaran wang serta modal sesebuah negara dgn negara yang lain dlm tempoh tertentu.
Tujuan perlu diatasi - untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi .
kesan - akan meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan kuasa beli masyarakat.....
IMBANGAN PEMBAYARAN :
Maksud - satu rekod kewangan yang menunjukkan aliran masuk dan keluar wang serta modal sesebuah negara dgn negara lain.
Tujuan perlu diatasi - Membaiki imbangan pembayaran.
kesan - mengalakkan kemasukkan pelaburan asing ke dalam negaran dan meningkatkan eksport.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI ISU EKONOMI......... = )
- Kerajaan akan mengatasi isu ekonomi dgn menggunakan alat dasar sebelah permintaan dan dasar sebelah penawaran .......
DASAR SEBELAH PERMINTAAN - Dasar kerajaan untuk mempengaruhi permintaan agregat (AD) bagi merangsang kegiatan ekonomi.
Tiga alat dasar sebelah permintaan :
DASAR FISKAL
- Ialah dasar kerajaan menggunakan cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi.
- Apabila berlaku kemelesetan ekonomi dan pengganguran kerajaan akn menurunkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan.
- kesan : perbelanjaan agregat akan meningkat, pendapatan negara dan permintaan agregat meningkat,
- keluk permintaan akan beralih ke kanan dgn andaiaan penwaran agregat adalah tetap , tingkat harga dan keluaran negara benar meningkat.
-Kenaikan harga menunjukkan berlaku peningkatan ekonomi dan peningkatan keluaran negara menunjukkan berlaku peningkatan guna tenega dan pengangguran dlm ekonomi.
- Apabila berlakunya inflasi, kerajaan akan meningkatkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
- Kesan: perbelanjaan agregat akan berkurang, pendapatan negara meningkat dan permintaan agregat akan meningkat.
-Keluk permintaan agregat akan beralih ke kiri dgn andaiaan penawaran agregat tidak berubah , tingkat harga dan keluaran negara benar menurun.
-Penurunan harga dan pengurangan keluaran negara benar menunjukkan inflasi dapat dikurangkan.
DASAR KEWANGAN.
- Dasar yang dilakukan oleh bank pusat dgn mengawal penawaran wang dan kadar bunga untuk mengatasi masalah ekonomi.
-Apabila, berlakunya kemelsetan ekonomi, dan pengangguran yang tinggi, bank pusat akan menambahkan bekalan wang dan menurunkan kadar bunga.
-Kesan: Perbelanjaan agregat meningkat, pendapatan negara meningkat, dan permintaan agregat meningkat.
-Keluk permintaan akan beralih ke kanan dgn andaiaan penawaran agregat tdk berubah, tingkat harga dan keluaran negara benar meningkat.
-Kenaikan harga ini menunjukkan berlaku peningkatan ekonomi dan peningkatan keluaran negara serta peningkatan guna tenaga dan
-Apabila berlakunya inflasi , bank pusat akan mengurangkan bekalan wang dan menaikan kadar bunga.
-kesan: perbelanjaan agregat berkurang, pendapatan dan permintaan agregat berkurang.
-keluk permintaan beralih ke kiri dgn andaiaan penawaran agregat ialah tetap.
-Tingkat harga dan keluaran negara benar menurun. Penurunan harga dan pengurangan keluaran negara benar ini menunjukkan inflasi dapat dikurangkan.
KAWALAN LANGSUNG.
-Langkah kerajaan mengawal kegiatan tertentu untuk meningkatkan kegiatan ekonomi.
- misalnya, mengawal harga petroldan diesel dgn memberi subsidi supaya harganya lebih murah.
DASAR SEBELAH PENAWARAN.
-Dasar kerajaan mempengaruhi penawaran agregat untuk merangsang kegiatan ekonomi.
- Alat-alat dasar sebelah penawaran:
* MENURUNKAN CUKAI KORPORAT.
- penurunan cukai korporat akan menyebabkan keuntungan firma selepas cukai meningkat kerana keupayaan syarikat untuk menambahkan pengeluaran juga meningkat.
-peningkatan pengeluran menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan kerana penawaran agregat meningkat.
* MENURUNKAN CUKAI INPUT
--akan menyebabkan kos pengeluran firma akan berkurang.
-keupayaan firma menambahkan pengeluaran akan meningkat.
- Keluknya akan beralih ke kanan.
*MEMBERI GALAKAN FISKAL
-Dilakukan melalui pengurangan cukai ke atas firma domestik yg menjalankan pelaburan baru dan pengecualian terhadap pelaburan lansung asing untuk mengurangkan kos pengeluran.
-Keluk penawaran beralih ke kanan akibat drpd peningkatan pengeluran dan penawaran.
* GALAKAN MELAKUKAN PENYELIDIKAN .
-Kerajaan tdk mengenakan cukai keuntungan dan memberi subsidi bagi firma yng terlibat dlm penyelidikan.
-Keluk penwaran beralih ke kanan akibat drpd peningkatan dlm pengeluaran dan penawaran agregat.
*GALAKAN PELABURAN.
-Kerajaan akan menyediakan kemudahan yg lebih baik untuk meningkatkan pelaburan.
-Keluknya akan beralih ke kanan akibat daripada peningkatan dlm pengeluran dan penawaran agregat.
very informative. thank you
ReplyDeletei'm not economic student early. but i try be success when now i'm in this course.
ReplyDeleteThankyouuu so much. It really help me to answer my trial just now ๐๐๐๐
ReplyDeletePlaytech casino review - JT Hub
ReplyDeleteA detailed review of the Playtech ์๊ทํฌ ์ถ์ฅ๋ง์ฌ์ง gaming site. Read reviews, get exclusive exclusive ๋๋์ฒ ์ถ์ฅ๋ง์ฌ์ง bonus codes and find out more about it. Start ์ถฉ์ฒญ๋ถ๋ ์ถ์ฅ์ต Rating: ์์ ๋ถ ์ถ์ฅ๋ง์ฌ์ง 4.1 ยท โReview by ์์ฒ ์ถ์ฅ์ต JT Hub