1.1 Aliran pusingan pendapatan negara.
- Aliran pusingan pendapatan - pendapatn dan perbelanjaan yg dilakukan oleh isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negeri dlm sesebuah ekonomi negara.
- Aliran pusingan pendapatan terdiri drpd aliran fizikal dan aliran wang.
- Aliran fizikal = Aliran dlm bentuk benda seperti faktor pengeluaran iaitu tanah. buruh, modal dan usahawanan.
- Aliran wang = aliran dalam bentuk wang iaitu pendapatan faktor pengeluaran seperti upah, seawa. bunga dan untung.
Maksud dan fungsi:
- Isi rumah = ialah sekumpulan individu dan sesebuah keluarga yang tinggal di sebuah rumah dan berfungsi sebagai satu unit ekonomi.
fungsi- pembekal faktor pengeluaran dan pengguna barang dan perkhidmatan.
- Firma = unit ekonomi yg mengendalikan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan yang akan digunakan oleh isi rumah.
fungsi- melakukan pelaburan swasta untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Funsi kerajaan - mengenakan cukai dan menjalankan perbelanjaan kerajaan.
Fungsi sektor luar negeri- Aktiviti eksport dilakukan oleh firma dan import dilakukan oleh isi rumah, firma dan kerajaan.
penerangan bagi carta aliran pendapatan negara empat sektor........
(carta tdk disediakan ...hanya penerangan baginya harap maaf) :
Alran pusingan pendapatan ekonomi terbuka terdiri daripada ekonomi dua sektor, ekonomi tiga sektor dan ekonomi empat sektor.
EKONOMI DUA SEKTOR : - melibatkan isi rumah dan firma.
- Isi rumah sbg pembekal faktor akan menawarkan faktor pengeluaran
kpd firma.
- Firma akan menggunakan faktor pengeluaran tersebut untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yg akan digunakan oleh isi rumah, melalui
pasaran barang. ( ini dinamakan sbg Aliran fizikal)
- Isi rumah akan menggunakan pendapatan tersebut untuk membuat
perbelanjaan pengunaan( membeli brng& prkhidmtn)
(ini dinamakan sbg A;iran Wang)
- Sebahagian drpd pendapatan akan ditabungkan dlm institusi kewangan.
- Institusi kewangan akan meminjam tabungan isi rumah kpd firma untuk
membuat perbelanjaan pelaburan.
EKONOMI TIGA SEKTOR : - Berlaku dgn adanya kerajaan yg melibatkan cukai dan perbelanjaan
kerajaan.
-Kerajaan akan megenakan cukai pendapatan individu kpd isi rumah
dan cukai korporat kpd firma.
- mengunakan hasil cukai tersebut kerajaan akan melakukan perbelanjaan
kerajaan. Oleh itu, terdapat aliran perbelanjaan drpd isi rumah
dan firma kpd kerajaan dan aliran pendapatan drpd kerajaan kpd
isi rumah dan firma.
EKONOMI EMPAT SEKTOR :- Berlaku dgn adanya sektor luar negara yg melibatkan aktiviti
perdagangan antarabangsa.
- Eksport dilakukan oleh firma dgn mengeksport barang ke luar
negara.Oleh itu, terdapat aliran pendapatan dari sektor luar negara
ke sektor firma.
- import dilakukan oleh isi rumah, firma dan kerajaan.
- import menyebabkan aliran perbelanjaan drpd isi rumah, firma,
dan kerajaan kpd sektor luar negara.
KESIMPULAN: terdapat empat pelaku ekonomi yg terlibat dalam menjalankan aktiviti ekonomi sesebuah negara, iaitu :
a) isi rumah
b)firma
c)kerajaan
d)sektor luar negara.......
No comments:
Post a Comment